Friday, December 2, 2011

Sabah Soccer Legend ( Matlan Marjan )

Matlan Marjan merupakan pemain profesional berasal dari sabah. Beliau diraikan sebagai penjaring 2 gol di dalam perlawanan menentang England sewaktu menyarung jersi Malaysia pada 12 June 1991. Beliau juga merupakan salah seorang pemain berkaliber dalam liga tempatan pada lewat 1990. Beliau juga mempunyai seorang adik yang turut menyertai Sabah FA dan Malaysia iaitu Zainizam Marjan.
Matlan berketurunan Bajau Samah berasal dari Kota Belud Sabah. Memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak di dalam Piala Presiden dan membuat kemunculan pertama dalam liga Malaysia pada tahun 1989 dengan menjaringkan 5 gol sepanjang liga. Seterusnya menjaringkan 8 gol daripada 16 gol keseluruhan diperolehi Sabah FA pasa musim seterusnya.
Pada Tahun 1991, Matlan mendapat panggilan sulung untuk menyarung jersi kebangsaan menentang Aston Villa. Sewaktu 12 Jun 1991, beliau membuat kemunculan pertamnaya dalam perlawanan bertaraf antarabangsa menentang England dan seterusnya menyamai rekod yang dipegang oleh Toni Fritsch selama 35 tahun yang berjaya menjaringkan dua gol dalam kemunculan pertama menentang England. Ketika itu juga kelibat Gary Lineker amat digeruni yang kini menjadi legenda bola sepak England. Lineker menghasilkan 4 gol ketika perlawanan tersebut.
Pada tahun 1995, beliau mencipta sejarah sebagai ketua pasukan kebangsaan yang pertama berasal dari Sabah untuk menentang pasukan Flamengo XI.
Pada tahun yang sama juga beliau telah dikenakan tindakan penggantungan seumur hidup daripada sukan bola sepak akibat mengatur perlawanan bersama 5 pemain Sabah yang lain. Akibat penggantungan itu kariernya sebagai pemain bola berakhir di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa. Diharapkan agar peristiwa ini dapat dijadikan pengajaran kepada pemain-pemain yang lain agar lebih berdisiplin dan beretika di dalam setiap tindakan mereka.

Semoga Sabah mampu menghasilkan seorang lagi wira buat Negara kita pada masa akan datang.

Sabah Boleh, Sabah Juara.
Sekian, dan terima kasih.


Jadi ,... mcm ok ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...