Thursday, October 17, 2019

Membina Kekayaan dengan Emas

Membina kekayaan dengan emas.

Semua pakar kewangan bersetuju dengan satu perkara. 

Asas untuk anda membina kekayaan bermula dengan menyimpan. Bacalah apa sahaja buku kewangan, semuanya senada seirama. 

Contoh harga emas 1 dinar keluaran public gold.

Mereka cakap anda kena ada dana kecemasan 3 bulan gaji, 6 bulan gaji dan ada pakar yang sarankan anda simpan setahun gaji sebagai dana kecemasan.

Gais, itu baru simpanan untuk dana kecemasan. Belum masuk simpanan untuk pelaburan, percutian, pergi Mekah, pergi Umrah. Pergh! Jauh lagi perjalanan tu.

Apabila anda mempunyai simpanan yang banyak maka ia membuka lebih peluang untuk anda melabur dan menambah kekayaan.

Jika anda tiada ilmu emas. Apakah bentuk simpanan yang datang dalam otak anda? 

Sudah tentu simpan duit bukan?

Salah satu kelebihan duit adalah keupayaannya untuk membelikan anda apa sahaja yang anda inginkan - Itu juga adalah kelemahan duit. Ia senang terguna, terbelanja, terpakai, terbagi kat orang pinjam.

Sebab itu simpan duit nie cakap senang buat susah. 

Apa yang ada dalam buku tidak sama dengan apa yang kita buat. Apa sebabnya? Sebab berseronok itu adalah fitrah manusia. Simpan duit untuk digunakan pada masa hadapan bunyinya macam boring.

Gais, Inilah peranan emas. Untuk simpanan jangka panjang anda alihkan simpanan ke dalam bentuk emas. Bila anda tengok emas berketul-ketul depan mata, otak anda tiada rasa nak guna atau terbelanja. Sebab otak manusia tidak boleh kaitkan emas dengan belanja.

Apa yang otak kita kaitkan dengan duit RM10,000? Wah! boleh beli itu dan ini. Lepas tu otak mula bagi suggestion "nak beli barang apa?" Selagi tak beli, jiwa kacau.

Bila anda tukar RM10,000 jadi sekeping jongkong emas 50 gram, apakah yang berlaku kat otak anda? Otak anda akan cakap emas ini cantik, mahal dan kena simpan elok-elok takut hilang. 

Otak tak boleh kaitkan emas dengan beli barang.

Sebab itu menyimpan emas lebih mudah daripada menyimpan duit. Sebab otak anda kaitkan emas = kena simpan elok-elok.

Dengan faham konsep ini maka mudahlah untuk anda membuat simpanan.

Jika anda orang baru. Mulakan dengan hanya 10%. Kalau anda nak tahu, simpanan emas boleh dimulakan dengan hanya RM100. Rendah kan?

Ya! 10% sahaja duit anda ditukar dalam bentuk emas. Bila dah dapat rentak dan keserasian, barulah tambah % simpanan emas ikut keserasian. 

Selamat mencuba.

RAYNER SUPAIN
(014-9507351)
#goldengoal

Jadi ,... mcm ok ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...