Nama saya bla bin bla2 dilahirkan pada bla2 di Hospital bla2. Saya merupakan anak tunggal dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ayah saya bekerja sebagai CEO syarikat minyak manakala ibu sya adalah pengeksport buah-buahan ke Singapura. Pada tahun ini saya telah genap berumur 21 tahun.
Sewaktu berada di sekolah rendah iaitu sekolah Hulu Bertam Hilir saya telah berjaya mendapat keputusan 2A 3B di dalam peperiksaan UPSR. Saya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Teluk Gambang. Syukur kerana saya turut mencapai keputusan yang baik iaitu 4A 3B di dlm PMR manakala di dalam SPMpula saya telah mencapai 5A 5B. Selain itu saya juga aktif di dalam ko-kurikulum dan mewakili negara dalamsukan memanah.
Kini saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma di IKIP dalam bidang pertanian. Dengan tawaran yang diterima ini,saya tidak akan mensia2kannya dan pasti digunakan sebaik mungkin. Saya memang berhasrat besar dalam bidang ini kerana minat yang mendalam sejak kecil lagi. Selain itu saya juga ingin membantu keluarga dalam perniagaan buah-buahan mereka.Dengan adanya bantuan pengajian daripada MARA sudah pasti dapat meringankan lagi beban kedua belah ibu-bapa saya. Selain itu saya ingin berdikari tanpa menyusahkan mereka lagi.
Semoga pengajian saya berjalan dengan lancar seterusnya dapat berbakti kepada keluarga dan juga negara. Sekian dan terima-kasih.