Wednesday, November 30, 2011

Kotuton/Ketumbit - Mengintai?

Siapa diantara anda pernah mengalami masalah ketumbit? Dalam bahasa Dusun Sabah we called it as Kotuton.
Hahahaha, selalu orang akan cakap yang ketumbit muncul akibat perbuatan mengintai.. Sejauh mana kebenarannya??? Ketumbit adalah salah satu penyakit mata yang selalu kita dapati terutamanya pada kelopak mata. Adakalanya sakit dan ada juga jenis ketumbit yang tidak sakit. Bagaimana ianya boleh berlaku???




Ketumbit sebenarnya suatu nama am sahaja. Namun, jika diamati, ketumbit ini terdapat dua jenis. Iaitu kecil dan sakit atau nama saintifiknya styeataupun besar dan tidak sakit tau nama saintifiknya chalazion.

1) Stye
- Ianya terjadi apabila terdapat jangkitan kuman pada liang peluh ataupun akar bulu mata seperti terjadinya jerawat.
- Bentuknya bulat kecil yang tegang permukaannya dan selalunya di bahagian kelopak mata luar dan menyebabkan kesan kesakitan.
- Biasanya bulat kecil akan ada nanah ataupun air
- Ianya berlaku dalam masa yang singkat.
- Boleh hilang dalam masa beberapa hari hingga beberapa minggu.
- Kebarangkalian akan berlaku semula yang tinggi. (recurrent)

Stye
2) Chalazion
- ianya terjadi apabila terdapat radang pada liang minyak dan ianya bukanlah suatu jangkitan kuman dan ianya bukan seperti jerawat.
- Bentuknya lebih besar berbanding stye dan ianya berlaku seolah-olah seperti di dalam kulit dan tidak menyebabkan kesakitan.
- Bulat besar biasanya tiada kelihatan nanah atupun air, cuma ada kelihatan kemerahan sahaja
- Ianya berlaku dalam masa yang agak lama perkembangannya, mungkin minggu ataupun bulan.
- Ianya juga lambat pulih.
- Tidak berjangkit dan kebarangkalian akan berlaku adalah tidak begitu tinggi berbanding stye.

Chazalion

So..... sekarang kita sudah tahu punca mengapa Kotuton/ketumbit ni terjadi?
Adakah disebabkan mengintai? Maybe bagus juga anggap sebegitu, sekurang2nya xla kita mengintai kan.
Tetapi sebab utama adalah kebersihan mata kita sendiri.... Rajin2lah bersihkan mata tu ya....
Berikut cara2 bersihkan mata kita:

1)  tuam dengan tuala suam ataupun warm compression. 

2) Anda juga boleh mengamalkan penjagaan kelopak mata ataupun lid care. Caranya dengan menggunakan tisu khas untuk lid scrub yang boleh didapati di farmasi ataupun dengan kaedah shampu bayi dicampurkan dengan air suam. Celupkan putik kapas di dalam campuran tersebut, dan usapkan putik kapas tersebut secara lembut pada kelopak mata untuk hilangkan kekotoran pada bulu mata tersebut.

3) Jika berterusan, sila berjumpa dengan doktor anda. Atau lawati Optometris berdekatan. (Sigma Optometry)

Selamat mencuba dan beramal. Sekian, terima kasih.




Jadi ,... mcm ok ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...