Wednesday, December 21, 2011

Adakah saya boleh memakai kanta lekap @ Contact Lens?




Sigma optometry

 

Mesti ramai yang tertanya2 samada contact lens sesuai untuk semua golongan atau terdapat segelintir pengecualian pada mereka. Disini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai pengecualian pemakaian contact lens ini.


Kanta sentuh bukan sesuai untuk semua orang. Ada yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan mata yang menyebabkan anda tidak sesuai memakai kanta sentuh. Adakah anda salah seorang dalam kalangan tersebut?????


Siapakah yang dikecualikan daripada pemakaian kanta sentuh????????

1. Anda yang mempunyai masalah mata kering yang amat ketara. Ini kerana laipsan air mata yang berkurang akan menyebabkan pemakaian kanta sentuh menjadi tidak selesa dan penglihatan akan semakin kabur.


Mata kering yang teruk.

2. Anda yang sedang mengalami masalah mata merah ataupun sakit mata. Pesakit mata merah ini dijangkiti kuman yang akan melekat pada kanta sentuh. Ini akan menyebabkan sakit mata akan berulang jika anda memakai kanta sentuh semasa mendapat sakit mata ini. Jadi, anda dikecualikan.

Sakit mata reda baru boleh pakai kembali kanta sentuh ini.

3. Anda yang mengalami demam juga dikecualikan daripada memakai kanta sentuh. Ini kerana, kuman yang menjangkiti salur pernafasan juga boleh merebak ke ruang mata dan seterusnya akan melekat di kanta sentuh yang dipakai. Demam akan kembali berulang jika anda memakai kanta sentuh yang mempunyai kuman tersebut. Kantas sentuh yang dipakai ketika demam akan bertindak seperti hos untuk kuman ini melekat.

Jangan pakai kanta sentuh semasa demam atau selsema.

4. Anda yang mempunyai masalah diabetes. ini kerana, dalam kalangan pesakit diabetes ini, mereka mempunyai masalah pada sensitiviti sarafnya. Jika pesakit dengan diabetes ini memakai kanta sentuh, meraka mungkin terdedah dengan risiko tidak perasan jika kanta sentuh tersebut telah melukakan mata mereka. Ini kerana saraf di depan mata mereka adalah kurang sensitif.

Pesakit dibetes yang senang mengalami luka dan permukaan depan mata pula kurang sensitif.

5. Ibu di awal kehamilan juga tidak digalakkan untuk memakai kanta sentuh ini. ini kerana pada fasa ini, para ibu akan mengalami masalah penglihatan kabur akibat pembengkakan sel di depan mata.

Awal kehamilan menyebabkan sel depan mata menjadi bengkak.

Oleh itu, sebelum memakai kanta sentuh, anda perlu berjumpa dengan pakar kanta sentuh seperti optometris utnuk melakukan pemeriksaan mata sebelum memakainya. Ingat!!!!!!. Sayangi mata anda.

Jadi ,... mcm ok ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...