Monday, February 20, 2012

Rabun Jauh Malam @ Nocturnal Myopia

Source : Blog My Optometry Journey





Pernahkah anda mengalami kesukaran ketika memandu pada waktu malam? Mungkin anda sedang mengalami situasi yang dipanggil Nocturnal Myopia.

Sukar melihat pada waktu malam?


Apakah itu rabun jauh malam???
Rabun jauh malam adalah kabur penglihatan apabila melihat jauh yang berlaku pada waktu malam. Kuasa bagi rabun jauh ini tidak lebih daripada 50 hingga 100. Rabun jauh jenis ini memang tidak menjadi masalah jika keadaan siang hari, namun masalahnya cuma akan timbul jika anda memandu pada waktu malam.

Bagaimanakah rabun jauh ini berlaku???
Ada 2 pendapat tentang kejadian rabun ini. Antaranya ialah;
(1)Disebabkan oleh kekurangan cahaya pada waktu malam
(2)Saiz anak mata yang mengembang dalam keadaan gelap.

Sebenarnya kebanyakan mata manusia memang akan menjadi semakin rabun jauh jika di dalam keadaan kekurangan cahaya. Sudah tentu kita sukar melihat objek terutama dalam keadaan gelap. Ini kerana, di dalam keadaan yang gelap, mata kita akan kekurangan ransangan untuk sistem fokus di dalam mata kita. ini kerana untuk sistem fokus ini berkerja sepenuhnya, seseorang itu perlu melihat sesuatu objek yang cerah dan jelas. Jika sesuatu objek tidak jelas, sistem fokus ini seolah-olah 'tergantung' fungsinya. Inilah menyebabkan mata kita seolah-olah seperti rabun jauh.

Ada juga kajian lain mengatakan bahawa rabun jauh pada waktu malam ini juga dikaitkan dengan saiz anak mata. Jika di dalam keadaan gelap, anak mata kita akan menjadi besar. Inilah yang menyebabkan peningkatan aberasi sferikal atau erti kata lain peningkatan kuasa rabun jauh mata kita.


Dapatkan kaca mata untuk memandu malam.

Jika anda mempunyai masalah memandu pada waktu malam, anda mungkin ada rabun jenis ini.Anda sebaiknya berjumpa dengan optometris berhampiran anda untuk mendapatkan sepasang kaca mata untuk digunakan pada waktu malam. Mungkin kita merasakan perkara ini normal namun, sebaiknya kita dapat memperbaiki penglihatan kita secepat munkin. Sekurang-kurangnya kita akan dapat memandu dengan lebih selesa dan yang utama keselamatan kita terjamin. Namun, jika selepas memakai kaca mata, anda masih ada masalah semasa memandu malam, anda mungkin ada masalah mata lain seperti katarak, keratokonus, retinitis pigmentosa dan sebagainya.

Sigma Optometry

Jadi ,... mcm ok ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...