Wednesday, April 18, 2012

Contact lens Online??? selamat kah?

Contact lens Online??? cantik?? selamat??


Hampir setiap hari apabila saya membuka akaun Facebook, iklan2 jualan online bertumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. mungkin jualan barangan seperti pakaian, alatan mainan dan ada juga yang menjual kanta lekap. Mungkin membeli kanta lekap menerusi internet lebih murah berbanding yang dijual di kedai2 optometri. namun adakah ia selamat? Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit risiko daripada pembelian kanta lekap menerusi internet.

Saya sendiri tertanya2 samada kanta lekap yang dibeli menerusi internet selamat atau sebaliknya. Jawapannya tidak, sama sekali. Ini kerana ianya adalah salah di sisi undang-undang, membahayakan mata anda dan boleh menyebabkan kebutaan.


Walaupun kanta sentuh mempunyai kebolehan untuk mengubah penampilan anda, ini tidak bermakna matlamat akan menghalalkan cara anda utnuk mendapatkannya.


Apa Celop Bro!!


Nasihat saya untuk anda di luar sana, jangan menggunakan sama sekali kanta sentuh yang dijual oleh bukan ahli penjagaan mata yang professional. Selain daripada internet, kanta sentuh sekarang banyak juga di dapati di butik-butik kecantikan, kedai gunting rambut, kedai runcit, dan juga stesen minyak dan juga pasar malam. Fenomena apakah ini??? Mungkin inilah jadinya jika semua ingin cantik tapi dalam masa yang sama kedekut untuk membeli kanta sentuh daripada ahli penjagaan mata yang professional. Pada masa yang sama penjual2 kanta lekap ini mangaut keuntungan tanpa mengambil kira peruntukan peraturan dan yang lebih penting keselamatan mata pengguna itu sendiri.


Nasihat daripada optometris sebagai salah satu ahli penjagaan mata professional

Masalah yang biasa dialami oleh si pemakai kanta sentuh yang salah ini termasuklah jangkitan kuman daripada kanta sentuh seperti penyakit daripada kulat dan ulser pada mata. Selain itu kanta lekap ini juga dikhuatiri tidak menepati standard atau piawaian yang ditetapkan. Anda juga seharusnya mengetahui samda anda sesuai untuk menggunakannya. (saiz mata, lengkungan mata, penyakit2 semuanya memainkan peranan dalam menentukan kesesuaian pemakaian kanta lekap) Ada juga yang mempunyai kecederaan kekal pada mata seperti parut dan seterusnya kan menyebabkan kebutaan pada mata. Jadi nasihat saya pada hari ini ialah:
  • Pastikan setiap pemakaian kanta sentuh itu hendaklah bersesuai dan sepadan dengan mata anda
  • Jangan membeli kanta sentuh bukan daripada bukan ahli penjagaan mata yang professional
  • Jangan berkongsi kanta sentuh
  • Penjagaan kebersihan kanta sentuh perlulah diutamakan sebelum menyimpannya
  • Jangan pakai kanta sentuh melebihi masa yang ditetapkan
  • Jangan tidur dengan kanta sentuh
  • Jangan memakai kanta sentuh yang telah luput tarikh pemakaian, kanta sentuh yang sudah koyak, yang sudah lusuh warnanya, dan juga kanta sentuh yang sudah calar-balar.
Sekian, terima kasih. Jangan lupa lawati kedai optometri berdekatan. Sigma Optometry

Jadi ,... mcm ok ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...