Thursday, May 24, 2012

Sabah melayan kunjungan Queens Park Rangers

SABAHAWKS VS QPR
Stadium Likas
18 JULAI 2012, 0815 malam.



              Tentu ramai penyokong bola sepak sabah yang tertunggu-tunggu perlawanan persahabatan ini. Pengesahan mengenai perlawanan ini telah dibuat oleh SAFA (Persatuan Bola Sepak Sabah)sendiri. Perlawanan ini sudah tentu salah satu teknik 'branding' oleh pemilik penerbangan bajet AirAsia -Tony Fernandes.

Fernandes, 47, yang juga pemimpin pasukan Formula Satu Team Lotus sudah tentu beria-ia membawa pasukan QPR bertemu salah satu pasukan dalam Liga Super Malaysia iaitu Sabah dalam usaha membentuk pasukan yang lebih jitu untuk saingan liga musim depan. Mereka terselamat dari zon penyingkiran selepas Bolton hanya mampu seri pada perlawanan terakhir liga. Mereka juga hampir membuat kejutan dalam perlawanan akhir liga yang menyaksikan masa tamabahan selama 5 minit menyebabkan mereka tewas kepada penyandang piala liga iaitu Manchester City 3-2.


Kedua-dua pasukan sudah tentu akan mempamerkan perlawanan yang menarik hati para penonton. Kepada peminat BPL sudah tentu ini peluang yang amat dinantikan. Mungkin anda salah seorang daripada peminat Mark Hughes  ( pengurus pasukan QPR ),bekas pemain Manchester United dan juga pernah menjadi pengurus pasukan Manchester City namun dilucutkan jawatan dalam tempoh yang singkat.


Djibril Cisse pemain France yang pernah menyarung jersey Liverpool, Shaun Wright Philips pemain lincah yang pernah menyarung jersey Chelsea, Adel Taarabt pemain dari Morocco yang mempunyai skill-skill mengawal bola yang menarik dan pernah bergelar Championship player of the year (session 2010-2011), dan ramai lagi pemain-pemain muda seperti Jamie Mackie bakal menggegar Stadium Likas.


Harapan penulis agar siaran langsung dapat dijalankan agar peminat yang mungkin mengalami kekangan seperti berada di semenanjung dapat sama-sama melihat aksi pasukan kesayangan mereka. Semoga perlawanan ini juga dapat memberikan pendedahan yang lebih baik kepada pemain-pemain Sabah serta mempromosikan Sabah sebagai destinasi percutian terbaik!!!


cc : Ini Suara Kami

Jadi ,... mcm ok ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...