Thursday, July 26, 2012

Memilih FRAME yang sesuai?

Hai... post kali ni berkaitan pemilihan frame yang sesuai ketika membuat kaca mata.. Ok mungkin ada diantara kita yang belum pernah membuat kaca mata sebelum ni.. so berikut adalah step sewaktu anda membuaat kaca mata:

1. Datang ke kedai optometri----- hehe sudah tentu perlu ke kedai optometri kalau tak camna nak buat kan? Yang penting kedai optometri tu harus mempunyai pegawai optometri yang berdaftar. sebagai contohnya ialah SIGMA OPOMETRY

2. pemeriksaan mata akan dibuat----- ini akan melibatkan pemeriksaan mata secara detail, hanya pegawai yang bertauliah mampu menjalankan pemeriksaan mata terperinci sebegini. Anda dinasihatkan memberitahu dan bekerjasama secara jujur dengan peagawai tersebut demi mendapatkan hasil yang maksima.

3. memilih frame dan juga jenis lens---- hahh ni yang saya nak kongsikan di sini.. setiap kaca mata mempunyai tiga kpmponen penting.. a) power atau kekuatan lens b) frame ( jenis yang macammana yang sesuai atau anda selesa gunakan. c) jenis lens .. sekarang terdapat pelbagai lens dan berbeza kualiti.

Berbalik kepada topik asal kita iaitu Pemilihan FRAME yang sesuai :

1. keselesaan (comfort)- pastikan anda mencuba terlebih dahulu ketika memilih frame tertentu... harus diingatkan kaca mata ini mungkin perlu digunakan buat masa yang panjang so pastikan anda betul-betul selesa dengan penggunaan frame yang dipilih nanti.

2. Nilai Kosmetik (cosmetic) - terpulang kepada anda ... mungkin anda bekerja dalam kerjaya yang memerlukan anda berdepan dengan ramai orang setiap hari.. anda mungkin perlu tampil bergaya di khalayak ramai... ingin kelihatan seperti artis korea??? frame yang agak popular di kalangan remaja sekarang-- seperti gambar di bawah;;;;


frame juga terdiri daripada pelbagai jenis bersesuai dengan bentuk wajah seseorang;
a) fullframe, b) half frame, c) rimless/frameless
HALF FRAME - separuh frame
Rimless/ frameless


3. Harga (cost) - yang ni terpulang kepada kemampuan anda.. hehe.. mentaliti orang Malaysia buat apa mahal-mahal.. yang penting boleh baca ma boleh tengok cukuplah.... hah... tapi harga sebenarnya memainkan sedikit peranan dalam menentukan kualiti kaca mata tersebut... jenis atau bahan untuk membuatnya mungkin lebih tahan lama atau lasak berbanding frame biasa.. so fikir-fikirkanlah.... tetapi sekarang sudah banyak pilihan dan harganya juga berpatutan terpulang kepada citarasa anda.

Oklah.. tu ja la tuk kali ni.. see you all next time k... amalakan 3C ( comfort cosmetic cost) ya ketika memilih kaca mata... byeeeeee......

Jadi ,... mcm ok ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...